Selasa, 8 Julai 2014

Kek carrot dari Azie Kichen

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini cheq da kongsikan pula resepi kek carrot yang sangat la bestnya. Mula nk membuat sebab teringin sangat nk mkn kek corrot dgn cream cheese topping. Godek2 resepi jumpa la blog azie kitchen. Tersangat puas hati dengan hasilnya. Esok potong seslice seorang untuk diberi kepada kawan2.
Terima kasih kpd kak Azie sbb kongsikan resepi yg best ini.






Kek Karot Dr Nana
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gram gula castor
120 gram gula perang
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 cawan walnut - panggang seketika dan cincang kasar
2 cawan karot - parut kasar
1 cawan kismis - opsyenal

Cara cara:
Putar telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak dan putar lagi.

Ayak dan satukan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil terus diputar.

Masukkan karot, walnut dan kismis. Kacau rata dengan spatula sahaja. Kali ini, saya masukkan separuh dari kismis.

Tuangkan dalam acuan yang telah dilapik dengan kertas. Taburkan separuh lagi dari kismis supaya ianya tidak jatuh di dasar kek. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C


Cream Cheese

Bahan bahan:
2 cawan gula icing - ayak
8 oz cream cheese - sejuk
5 sudu besar unsalted butter - lembut (2.5 oz)
2 sudu kecil vanilla extract

Putar cream cheese dengan butter dan vanilla hingga sebati. Sedikit demi sedikit, masukkan gula hingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.

Simpan dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan dalam peti sejuk sehingga 3 hari.

3 ulasan:

  1. Tengok tayangannya pun dah mengancam cheq da weiiii.. ni kek dlm list akak tak buat lagi :)

    BalasPadam
  2. Elok la akak simpan dlm list..memang sedap resepi ni..

    BalasPadam
  3. alahai cheq da, x tahannya tengok carot cake tu..nyum2..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...