Sabtu, 28 Jun 2014

Mexico Bun @ Roti Boy

Assalamualikum dan salam sejahtera
Sebenarnya dah lama mengidam nk bikin mexico bun ni. Masa rajin tempoh hari duk asyik meroti jea. Dari satu adunan dapat sebanyak ini memang lah tersangat puas hati. Roti ini plak besar dan jenuh nk perabis seorang2..maka jamu lah untuk jiran2 sekali.
Resepinya dari cik manggis. Tapi colour topping cheq da agak muda sebab cheq da gunakan nescafe sbb stok kopi memang tak ada kat rumah ini. Jom layan jea gambar dan kepada sesiapa yang ingin mencuba boleh lah mencubanya.






Mexican Bun 
Sumber asal : Pn.Isma Maisarah (Kelab Roti)

Sumber rujukan: cik manggis blogspot
Bahan-bahannya:

Inti

200 gm butter.
1/2 tsp esen vanila.
70 gm gula perang.

Pukul butter dengan speed seederhana selama 3 minit.Masukkan esen vanila dan gula perang.Pukul lagi sehingga bahan-bahannya sebati.Simpan di tempat sejuk.(Saya simpan dalam peti sejuk sekejap sementara menyiapkan bahaan-bahan untuk roti dan topping.Jangan  simpan lama nanti keras pulak ya)



Topping Kulit.

200 gm butter.
160 gm gula ising.
3 biji telur grade A.
200 gm tepung gandum.
1 tsp perisa kopi atau mocca atau pun koko.(Saya guna 2 tsp serbuk kopi segera)

Putar butter dengan speed sederhana selama 5 minit.Perlahankan dan masukkan telur,gula ising dan serbuk kopi segera.Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit .Putar sehingga halus.Masukkan dalam piping beg.Ketepikan.(Saya simpan dalam peti sejuk sekejap)


Doh Roti.

Bahan-bahannya:

500 gm tepung roti.
11 gm yis.
1/2 cawan gula halus.
Secubit garam.
2 tbsp tepung susu.
1/2 tsp baking powder.
1 tsp bread improver.
2 tbsp water roux.
1 biji telur.
220 ml air dari peti sejuk.
2 tbsp butter atau shortening.
1 tsp kopi emulco ( saya letak 1 1/2 tsp serbuk kopi segera)

Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali butter atau shortening dalam mangkuk pengadun.Uli sehingga sebati.Kemudian masukkan butter atau shortening.Uli sehingga licin dan elastik.Rehatkan doh selama 30 minit atau sehingga doh kembang dua kali ganda dari saiz asal.

Timbang doh 60 gm setiap satu.Bulat-bulatkan.Rehatkan doh 7-8 minit sebelum di isikan dengan intinya.Isikan inti dan tutup dengan kemas.Bulat-bulatkan.Biarkan doh naik double dari saiz asal.Paipkan topping di permukaan atas doh dengan cara melingkar.Bakar sehingga masak.

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...