Sabtu, 17 Mei 2014

Ayam Bakar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam bertemu kembali.
N3 hari ini hendak berkongsikan ayam bakar versi kakak cheq da yang sekarang menetap di Banting, Selangor.
Kebetulan cuti sekolah yang lalu familynya pulang ke kampung. Bila nk masak makan tengahari cadangan nk ayam bakar.


Ayam bakar menggunakkan resepi ciptaannya sendiri. Apakata kita intai resepinya.

Ayam Bakar
By: cik sha

1. Beberapa ketul ayam mengikut kehendak masing2.
2. 2 batang serai
3. Sedikit lada kering yang diblender
4. 5 ulas bawang merah
5. 3 ulas bawang putih
6. 2 inci halia
7. Sedikit garam
8. Sedikit secukup rasa maggi

Cara
1. Blenderkan semua bahan2 tersebut supaya menjadi bhn kisar.
2. Masukkan dalam ayam..gaulkan dan perapkan sekejap.
3. Bakar sehingga masak.
4. Masak boleh lah dihidangkan.

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...