Ahad, 27 April 2014

Laksam Kelantan vs Laksa Penang.

Assalamualaikum da salam sejahtera.
Makan-makan time waktu cuti baru ada masa nak membiking dua juadah ini. Yang pertama laksam Kelantan dan yang kedua laksa penang. Sebab buat kedua2nya suami minat nak makan laksam kelantan dan cheq da suka laksa penang. Tetamu pada hari ini makan bersama-sama ialah Kak siti dan Cikgu Asmadi. Kira makan2 bersama-sama kawan2 jea. Nak makan semua memang tak habis.

  
LAKSAM KELANTAN
Oleh: Yani my resepi

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau




Laksa Penang
oleh: Lizacomel My resepi

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • 3-4 paket laksa beras cap Zong Shan
  • *Bahan kuah laksa*
  • 1 kg ikan kembung
  • 3-4 ulas asam keping
  • 1/2 labu bawang besar
  • 7-10 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 3-4 cm halia
  • 10-12 sudu makan cili giling
  • 7-10 biji cili padi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 cm belacan
  • segenggam daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • garam secukup rasa
  • *Bahan ulam laksa*
  • 4-5 biji telur rebus - dibelah dua
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 biji cili hijau - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 5-6 biji cili padi - dihiris
  • 1/2 biji nanas - dihiris
  • 1 batang timun - dihiris memanjang
  • 5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
  • 4-5 helai daun salad - dihiris
  • sedikit daun pudina
  • *Bahan opsyenal*
  • petis udang

Cara-cara

  1. *Laksa* Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus sampai 'al-dente'...Laksa ditoskan dan diketepikan...
  2. *Kuah laksa* Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi...
  3. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar...Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...Tulang ikan turut dikisar...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga...
  4. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia...Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi...Kemudian, panaskan periuk...
  5. Masukkan cili giling dan belacan...Lalu masukkan air asam jawa...
  6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan...
  7. Kacau perlahan-lahan...Masak hingga mendidih...Kecap rasa masin, masam, dan pedasnya...Bubuhkan garam secukup rasa...Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya :P

2 ulasan:

  1. sangat rajinnya teman kita ni

    ..kadang ada rasa mcm nak mkn laksa..selalunya beli aje..nak buat ramai plak yg tak makan..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...