Isnin, 24 Mac 2014

Tahniah Semekar

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat bercuti kepada semua yg tengah bercuti. Cheq da pun tgh bercuti dan telah pun selamat berada di kampung sebab ibu cheq da pi menunaikan umrah so kena jg rumah la.
Lama rasanya tak update blog,minggu lepas merupakan minggu penuh debaran bagi kami di semekar bukan apa berdebar dengan keputusan result spm dan juga berdebar dengan kejohanan sukan daerah yg mendapat saingan sengit dlm merangkul johan keseluruhan.


Semasa menunggu ketibaan pengetua dari PPD CH..semua guru agak gementar dengan result masing2. Selepas dapat keputusan yg menyatakan Semekar terbaik Ch..rasa bersyukur sangat sebab segala penat lelah mengadakan kelas tambahan dan program peningkatan membuahkan hasilnya. Seorang pelajar seperti dlm jangkaan akan mendapat semua A memang tepat. Jamuna yg dijangkakan telah mendapat 11A dengan subjet mendapat 6A+ dan 5A. Bagaikan nk menitis air bila dia mengambil keputusan ini bersama2 dengan ibunya..maklumlah jamuna ni merupakan anak yatim.

Ini plak  siap potong kek lg.Sewaktu result sampai semua guru sibuk nk melihat keputusan pelajar masing2. Alhamdulillah Semekar sudah 3 tahun berturut2 terbaik dalam daerah dengan peningkatan GPS pada tahun ni adalah sebanyak 4.56 dan sekaligus telah memecahkan rekod etr sekolah. Peratus kelulusan pula sebanyak 80% lbh.


Ini plak kek yg diberikan oleh PPD Ch sebab berjaya menaikkan gred daerah..kek perisa kopi dijamu untuk semua guru pada hari tersebut.


Ini la wajah2 kesayangan Cheq da sebab tahun leoas cheq da ajar 1 kelas sejarah. Kelas plak bukan kelas yg pandai cuma kelas sederhana saja. Alhamdulillah hanya dua orang yg gagal..entah buat ke tak budak yg gagal ni yea...aduh ingatkan dpt 100% lulus. Tp terima kasih sebab ada juga yg sudi bagi A untuk Cheq da. Ini lah kepuasan seorang guru.


Gambar yang di atas dan di bawah ini plak mengenai sambutan juara kejohanan sukan SEMEKAR THE POWER sekali tahun ni menjadi johan sukan daerah dengan jumlah emas sebyk 23 yg dapat menewaskan SMK Ringlet sebyk 18. Pada hari ketiga kejohanan berlaku saingan sengit antara kedua2 sekolah nu.



Barisan atlet yg sanggup bertungkus lumus untuk merangkul emas bg Semekar. Choo Jia Lee sebagai kapten pasukan sekolah membawa piala kejohanan untuk membawa masuk ke dewan.




Ini lah kami di Semekar..
Hadiah buat Pengetua dan semua warga semekar..hope tahun ini kita lagi cemerlang...
Semekar The Power...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...