Selasa, 10 Disember 2013

Conney Dog..yummmy

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah masih lg boleh bersua pd petang ini.
Hujan di langit sejak semalam masih belum berhenti..agak2nya petanda untuk banjir gelombang kedua. Jadi bila dah hujan tak dapat ke mana2, banyak menu yg perlu dicuba. Untuk petang semalam Cheq da buatkan conney dog sebab dah lama nk membuat. Alhamdulillah sedap juga digandingkan dengan hot dog. Cuma Cheq Da gantikan daging kisar ini dengan ayam kisar sebab ibu Cheq Da tidak boleh makan daging. Untuk resepinya pula..cheq da copykan dari blog kak yatie sinar kehidupanku..sedap dan boleh cuba lagi untuk masa akan datang.
Bahan-bahan ( 10 biji )
400 gm daging kisar
3 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sdk serbuk lada (chilli powder)
3/4 sdk lada hitam - kisar halus
3/4 cawan sos tomato
1/4 cawan air
1 sdk garam
1 sdk gula
serbuk perasa secukup rasa
10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
10-12 biji sosej / frankfurter
Cara-cara
SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan letakkan sos td diatasnya.
Bolehlah dihidangkan.

1 ulasan:

  1. comfirm sedap nih kak... msti bertambah2 sampai 2 ketui sekali mkn

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...