Rabu, 23 Mei 2012

Puding Berkuah versi bonda...


 
 
Waduh..waduh..udah lama rasanya tak update blog ni...masa kurang mengizinkan cheq da..sibuk menanda kertas peperiksaan bdk2 n tempahan minggu ni adalah dalam 2-3 order...pe2 pun rasa lega bila semua kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna...hari tak ada benda apa nak tayang cuma nak berkongsi puding berkuah yang cheq da buat masa potluck kat sekolah masa hari guru hari 2...resepinya cam biasa daripada bonda tercinta...biasala kalu nak buat apa2 kena call tok guru dulu..coz kalu kat kampung..tgk jea ma buat n tolong cikit2 jea..bila nak buat sendiri baru nak tanya betul2...Alhamdulillah ma cheq da seorang yang berbakat dalam bidang masakan...yang dulu2 la coz dulu2 katanya selalu ikut kaum wanita buat kelas masakan..tenaga pengajarnya plak bukan calang2 katanya,terdiri datin2 semuanya...he3..itu cerita dulu la...kla sekarang kita tgk gambar2 ni k..macam biasa la resepi yang cheq da kongsi ni hanya mengikut rasa2 cheq da jea...
 
guna acuan arnab untuk hiasan semata2...bekas acuan milik bonda
kuah puding yang diperbuat dengan campuran buah2 koktail

Resepi Puding Berkuah
Oleh: Puan Jasmah (bondaku)
 
Bahan agar2
1 tahil agar2 (cheq da guna yang bertali)
air dalam 6 gelas-bergantung pada jenis agar2
gula ikut kemanisan
sedikit garam
2 ketul gula batu
3 biji telur putih

caranya:
1. masak agar2 hingga mendidih
2. campurkan gula,garam dan gula batu-masak sampai mendidih lagi
3. pukul putih telur sehingga kembang
4. masukkan dalam agar2 dan kacau sampai agar2 tadi bercampur dengan putih telur
5. masukkan dalam acuan yang diingini dan biarkan sejuk

Bahan kuah kastard
1 tin buah2 koktail
1 tin susu cair
1 tin air-guna tin susu cair
3 sudu kastard
3 biji telur kuning

caranya:
1. masukan susu cair,air dan buah2 koktail bersama2 dengan airnya ke dalam periuk
2. bancuhkan kastard n telur kuning dalam bekas yang berlainan-tapis dan baru masuk dalam periuk td
3. masak sampai mendidih dengan api yang pelahan dan hendaklah sentiasa kacau..
4. siap bolehlah dihidangkan bersama2 puding tadi...

Selamat mencuba...kalau teringin nk mencubanya...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...