Selasa, 18 Oktober 2011

Puding Kasih Bertaut.........

Salam semua...duk masak apa petang2 ni..hari ni cheq da nak masukkan n3 puding kasih bertaut yang cheq da buat ptg semalam..biasala dah masuk perut baru nak post kat blog...masa mula2 tgk puding ni memang rasa nak buat..bahan p simple plak 2..cara p senang..sebelum 2 cheq sue dah buat terlebih dulu puding ni..rasanya memang  la sedap dan tak muak plak 2...semalam member datang umah sempat la angkat hidang kat dia...
dia kata rasa macam buah mata kucing...dia ingatkan ada masukkan sirap buah mata kucing...bila cakap tak de..terus dia kata sedap...maka sedap la 2... tq la buat penyumbang resepi ni...balik kg nanti boleh la buat untuk ma kat kampung plak...mesti dia suka...

yang ni  lepas keluar dr peti ais

3 colour yg berbeza...nk nmpk cantik
cheq da buat dalam bekas kecik2...   

PUDING KASIH BERTAUT

Bahan-bahan A :
  • 1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
  • 300 ml air
  • 200 ml santan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)

Cara-cara :
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
  2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
  3. Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
  4. Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
Bahan-bahan B :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm
  • 1 liter air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 100 gm gula Melaka atau nise
  • 2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

NOTA :

Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...